Followers

Saturday, February 16, 2013

perbezaan belajar &kerja

assalam, selamat pagi sabtu, hrini aku kerja petang, so boleh laa dok bersantai3 pagi3 nii,setelah sebulan lebih kerja akurasa macam3 perasaan, dan aku mula rasa perbezaan time zaman bellajar dan zaman bekerja.

zaman belajar
1.bangun pagi je mesti fikir pasal assingment dah siap ke belum, nota dah siap ke belum, dah study ke belum, kuiz test hari ape, masuk bab ape, pendek kata memang tidur lena bangun je terus menggagau cari nota la itu laa ini laa. nak tiru housemate kene bangun awal, haha

zaman bekerjaya
1.bangun2 je pkir shif mana. pagi ke petang. fikir tengaharini nak makan ape, pagi nii nak brakfest ape, pergi ofis nak naik ape, harini nak belanja berapa, nak parking katmana, haha

zaman belajar
2.paling buzy time ade assignment nak kene submit esok, malam tu mula laa tiru sana tiru sini, campur3 tolak bahagi, jadi lah satu hasil kerja , pastu tengah2 malam kene turun pergi print, time ni mula lah nak kene servey betul3 mna kedai yang bukak kul 2 ,3 pagi. pendek kata memang huru hara hidup bagi sesiapa yang tidak menyiapkan assingment awal3.

zaman kerja kidzania
2. balik petang tu fikir makan je, lepas makan mandi solat sume konferm tetido, xde pikik pape. relexx dan tenang. haha, nampak beza dia

zaman belajar
3. sampai je poli terus carik kelas number berapa, xde masa dah nak relex2 , sebab assingment xsiap lagi muka depan, sampai kelas terus masuk duduk dalam tu siapkan ape yg patut, study skit, sebab ade 3 test japgi, hadodoii, binggung dah paleotak nii..

zaman kerja kidzania
3. sampai ofis tumbprint, amik uniform dengan muka malas pergi changing room, tuka pakai uniform, mekap tebal3 duduk setengah jam kat situ, sambil main mesej, haha, pastu g amik kidzos, naik park, bukak lampu establishment, amik buku log,, cari coordi, tandatangan kehadiran. duduk3 dulu,tggu coordi panggil, pergi breafing.lepas breafing terus cakap kat cordi nk jaga establishment mana,tapi kadang3 x leh pilih cordi tentukan.so kene redo

zaman belajar
4. bila lect maasuk mula laa cakap dalam hati "alaaaaaa, nape puan datang.napetak batalkan kelas jee.hmm, aku da la x sempat study malam tadi, " dengan muka penuh harapan.

zaman kerja
4. time oppening dance , menari seikhlass hati, lepas start jee, ramai masuk establishment, dapat budak oke, rasa bahagia, dapat budak yg mngade3 buat hal, rase nak pijak, haha

zaman belajar
5. abesh jee kelas terus bersemagat waja nak balik makan, lapar katenye, yelaa banyak sangat dah belajar, abesh kelas kul 12 je 12.05 dah sampai kat kereta, nampak betapa cepatnya kami berjalan, kerana untuk balik makan, hahahaha

zaman  kerja kidzania
5. same je. balik mesti exited, tapi xleh balik awal kene salin baju,pulangkan uniform dulu, baru leh balik, n kene tunggu pukul 6 sebab kalau balik 5.30 jalan jem, malas nak mengadap jem, hadei. tapibest laa, dah boleh balik, xde nak fikir assignment ke hape.

kesimpulannya nampak sangat aku pemalas, walaupun xde laa malass mane sebenarnya, tapi nii ringkasan jee, time malas. time rajinn pun ade gak, tapi xsempat diselitkan sebab kalau aku cerita semua sekaali dah boleh buat novel 7 episod. sekian

1 comment:

  1. Kau nak tau zaman apa yg paling best? Zaman Batu. Tak payah nak fikir banyak. Tengok batu je. Dok dalam hutan. Takde masalah. Hahaha

    ReplyDelete