Followers

Thursday, August 15, 2013

adakah dia untukku

assalamualaikum, tadi dok search terjumpalah menda nii,tetiba rasa nak kaji pulak, so aku pun kaji lah, dan da nampak la sikit3 ade kebenarannya, hmm papepun aku nak share untuk menjadi panduan bersama. ni adalah kategori yg perlu dekaji untuk mengetahui adakah dia jodoh kita, dah nama pun kajian so ada kala betul ada kala xbetul, hehe. sila kaji oke.

10 tanda menunnjukkan dia jodoh kita

1)BERSAHAJA
tengok cara bf/gf korang , caraa dia bercakap, berpakaian, cara berguraw and apape jela cara die bila depan kita, nampak cam realistik atau lakonan, dari situ kita dah boleh agak yg dia sies dengan kita atau sekadar nak main3.

2)SENANG BERSAMA
bila bersamanya jiwa kita akan jadi tenteram, happy dan bahagia, xpenah ade rase bosan bila jumpa evet dah taktau nak pergi mana, masing3 ade je idea untuk buat keadaan jadi happy. bila berjauhan mula rasa sunyi dan macam kehilangan.

* kalau bila bersama asyik nak gaduh, kaki tangan naik, bila berjauhan rasa tenteram nampak sangat lah kan, hoho

3)TERIMA KITA SEADANYA
dia boleh terima keadaan kita yg sekarang, xpenah nak kesah dengan kisah2 kita dulu, bagi dia dia terima kita seadaanya, xkesah kita pendek gemok itam xcomel sekali pun, dia sentiasa rasa kita yg tebaik buatnya

4)SENTIASA JUJUR
dia xpernah nak sembunyi kan apape dari kita kalau bole ape dia buat dia nak bagitau kita, kadang3 bila xsempat dia akan mesej/ call bagitau dia kat mana n buzy sikit harini,

5)SALING MEMPERCAYAI
suka bagitau kita rahsiaa dia, sebab dia rasa save bila bagitau kita.Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka .Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6) SENANG BEKERJASAMA
oke dia senag di ajak untuk bekerjasama, Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasam melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remah ataupun sukar. sebab nanti dah kawen xkan laa kita sorang je buat kerja kan, matilah kalau macam tu. hehe.over

7)MEMAHAMI DIRI KITA
sebagai pasngan yg baik kita kenalah saling memahami, time susah dia tolong, time dia pulak susah kita tolong, pastu kalau kita marah3 dia faham, dia menyejukkan hati, time kita membebel dia jadi pendengar, bukan dia makin tambah bahang di dada.dengan kata lain,dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan.hoho

8)TAMPILKAN KELEMAHAN
xsegan untuk bagitau kelemahan dia, contoh la macam dia tengah sakit so dah 2 hari xmandi, dia xkesah pun bila kita cakap nak g melawat dia, xde lah dia bagi macam3 alasan kat kita.example lagi satu bila kita nak datang beraya rumah dia die bagi je,walaupun dia tawu rumah dia kecik dan buruk.maksudnya dia nak kita kenal dia ngan kehidupan dia, bukan ny berlakon kaye depan kita tapi kat belakang die sorokkan kemiskinan dia, sebab kita bersama dia mestilah kita terima buruk baik dia kan?Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9)KATA HATI
setiap kali bersama dia kita kena jugak dengar kata hati kita, masa ni lah kita nak kena guna six sense yg ada pada diri masing3, kalau dah betul3 kenal dia ikut lah kata hati.Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu.dengan kata hati tu kita buatlah pilihan yg terbaik.

10)SOLAT ISTIKHARAH DAN TAWAKAL
kita sebagai manusia biasa hanya mampu merancang, Allahlah yg menentukan segala sesuaatu, so lepas dah rancai bagai,jangan lupa mintak petunjuk, bia berkat perkahwinan kita tu nanti, xde lah tersalah pilih, sebab sesungguhnya Dia yg lebih mengetahui segala apa yg kita tidak ketahui.namun,jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semuanya yang kita lakukan ini adalah bagi mendapat kebahagia hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


sekian lah kajian aku untuk harini, kalau ada yg terasa harap maaf,ni sekadar kajian beserta sedikit mengikut kata hati aku,hehe

xsabar menuggu saat ni.ehehe






No comments:

Post a Comment