Followers

Thursday, December 5, 2013

sebenarnya saya stress

bos, tolong lah faham,saya rasa stress tau kerja kat sini, persoalannya mengapa situasi ini boleh berlaku ? sebabnya persekitaran tempat kerja saya nii yg mengstresskan pekerja3 mereka sendiri. pada mulanya saya beranggapan bahawa kerja disini senang, kerja nya pun mudah dan senang difahami, namun setelah lama bernaung di bawah company ini saya mula menyedari hakikat stess ditempat ini,

oke bermula dengan majikan yang beranggapan bahawa kami pekerja bawahan seperti robot yang akan bekerja tanpa bersosial walau satu patah perkataan membuatkan suasana ofis seperti bekerja dengan komputer dan keybord sahaja. oke bayangkan kalau bos datang xboleh berborak langsung dengan orang sebelah mahupun berkata 'hai kerja awak dah siap ke?'' so memang mendatangkan stess ye apabila tidak dibenarkan bercakap langsung semasa bekerja..

2. tidak dibenarkan keluar ke tandas mahupun solat berdua, bertiga berempat lagi lah x boleh, dahlaa time kerja xboleh borak dengan orang sebelah, masa nak g toilet ke solat ke apape lah semasa kerja hanya boleh berseorangan, so memang x boleh borak lagsung, memang stress ye sangat, kadang3 aku buat je, peduli ape, bos ingat saya ni robot ke  ape nak berborak langsung x boleh.

3. sangat berkira waktu, oke yg ini memang logik dan aku akui memang salah aku selalu masuk ofis selepas lunch break lambat, tapi memang bos akan cari laa kalau dah lambat sangat nak nak pulak lepas masa rehat, memang bagi bos kami semua xboleh lambat. hmm sabar je lah. kadang3 tu masa masuk kerja dok berborak xsedar dah 8.30 bos dah jeling3 kat kami x bagi laa kami borak katenye dah mula masa kerja yg mengejamkan kerja tanpa berborak sehingga waktu rehat.

4.kerja saya membuatkan saya sering dimarahi oleh custumer, oke memang realiti pun kerja call3 orang memang patut dimarah, tapi bagi saya x adil sebab xsepatutnya saya dimarahi, mmm. memang kenyataanyan kerja itu yg membuatkan saya nak marah orang tetapi hakikatnya saya yg sering dimarah dan dimaki sehingga terasa nak berhenti sungguh ku tak sanggup.

semoga saya tabah menghadapi situasi ini ditempat kerja , jika tidak tahan dengan siksaan ini mungkin saya akan meletak jawatan disini, sekian


3 comments:

  1. Macam tu ya. Bersabar la. Saya pun selalu stress.. Kadang² terasa nak tumbuk muka boss, tapi apakan daya, kerja untuk mencari 100 suap nasi. hehehehe...(Lawak untuk hilang stress)(Lawak ke?)

    ZH Blogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. haih, banyak betul sampai 100 suap, anak3 awak ke tu zack?

      Delete
    2. Tak la. Saja je melawak... hehehehe....

      ZH Blogger

      Delete